BEKALAN AYAM PIRU/ BELANDA

Pembekal anak ayam piru/belanda, daging, induk, incubator, kursus ternakan ayam piru, membekal peralatan dan makanan/ubatan ayam piru serta khidmat membina reban yang ekonomik. En Mukhtar 012-4100 679 /012-4210679

Monday, January 3, 2011

Ayam Piru

Ayam piru atau nama sainstifiknya Meleagris gallopavo. Secara amnya, penternakan ayam piru masih baru berbanding dengan perternakan ayam daging dan telur di negeri Pulau Pinang.



Minat penternak serta pontensi yang ada telah mengembangkan industri ini secara perlahan. Beberapa penternak didapati telah menunjukkan
pretasi yang agak memuaskan. Seperti Amalan Penternakan Yang Baik (GAHP), penggunaan mekanisasi ladang,ransom permakanan yang baik serta bantuan asas yang perlu. Jabatan sedang berusaha untuk membantu supaya pengeluaran ladang akan terus dipertingkatkan dengan teknik penternakan yang tepat serta menimbangkan khidmat runding cara asas pada peringkat permulaan .

Industri ternakan ayam piru secara komersil di Malaysia bermula semenjak disember 1988. Pada tahun pertama perternakan ayam piru Pusat Penternakan Unggas,telah membeli 390 biji telur ayam piru.Sebanyak 320 ekor anak ayam piru telah ditetaskan.Pada bulan november 1989 ,pusat ini telah pengimport baka ayam piru(British United Turkey) dari England dan mulai bertelur pada julai 1990. Ayam piru tempatan (Local Bronze)adalah baka yang paling dikenali dan banyak terdapat di Malaysia.Baka import seperti British United Turkey dari England,Betiboul dan Betina diimport dari France adalah di antara baka baru yang telah di import oleh pihak MARDI dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tujuan penyelidikkan , pembangunan dan promosi. Ayam piru komersial telah menunjukkan performa yang baik malahan dapat menambat citarasa pelbagai kaum di Malaysia.Teknologi pemeliharaan dan pengurusan ayam piru komersial dari jenis baka Betiboul dan British United Turkey. Ayam piru juga berpontensi di ternak untuk di eksport ke Singapura dan Negara Timur Tengah. Permintaan yang tinggi terhadap ayam piru di Pulau Pinang semakin meningkat seperti di pasaraya besar,di restoran-restioran nasi kandar dan di musim
perayaan.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan  Veterinar Negeri Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment